fbpx

9 Mei 2021, 12:32 am

  TERKINI

Penunggang maut diseret kereta selepas langgar lembu

Penunggang motosikal maut di lokasi kejadian selepas terjatuh akibat melanggar seekor lembu sebelum dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Utama Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar seekor lembu melintas jalan sebelum mangsa dilanggar pula kereta dalam kejadian di Jalan Utama Felda Semenchu malam tadi.

Mazrul Hakimi Miskan, 23, beralamat di Felda Air Tawar 4 mati di lokasi kejadian kerana cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian pada pukul 8.45 malam melibatkan motosikal Yamaha 135LC dan  kereta Proton Wira.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dalam perjalanan dari Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi menghala masuk ke Felda berkenaan. Ketika melepasi simpang masuk jalan utama Felda mangsa  melanggar seekor lembu.

“Mangsa terjatuh di jalan bertentangan sementara motosikal terbabas ke bahu jalan bertentangan.

“Kereta dipandu  remaja berusia 19 tahun tidak perasan lalu melanggar mangsa yang kemudian diseret sejauh 60 meter dari tempat dia terjatuh,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami apa-apa kecederaan. – UTUSAN