Penunggang motosikal maut terperosok bawah kenderaan pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut terperosok bawah kenderaan pacuan empat roda

ANGGOTA bomba mengeluarkan penunggang motosikal yang tersepit di bawah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Gerik hari ini.- UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) menghala ke Titiwangsa, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ishak Hussain, 55.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, sepasukan 11 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 5.03 petang.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati nahas membabitkan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Honda CBR dan Toyota Hilux.

“Penunggang motosikal didapati telah terperosok di bawah kenderaan. Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.