Penunggang maut motosikal langgar kereta - Utusan Malaysia

Penunggang maut motosikal langgar kereta

KEADAAN motosikal yang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Tambun, Ipoh. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah kereta dan tercampak masuk ke dalam kenderaan itu dalam kejadian di Jalan Tambun di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat nahas itu diterima pada pukul 12.35 tengah hari.

Katanya, kemalangan membabitkan motosikal jenis Kawasaki ditunggang mangsa berusia 35 tahun dan sebuah kereta jenis Proton Exora dipandu lelaki berusia 45 tahun.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kejadian berlaku ketika kereta dari arah Ipoh melalui Jalan Tambun sedang membelok kanan untuk melintas masuk ke Jalan Pinggiran Perpaduan 1.

“Mangsa yang melalui Jalan Tambun menghala ke arah Ipoh tidak sempat membrek dan mengelak lalu melanggar kereta berkenaan di bahagian pintu depan sisi kiri.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak masuk dalam kereta dengan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta mengalami kecederaan dalaman dan kini dirawat Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya