CIMB Group nafi rancangan penswastaan CIMB Niaga - Utusan Malaysia

CIMB Group nafi rancangan penswastaan CIMB Niaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) menafikan dakwaan bahawa pihaknya merancang untuk menswastakan CIMB Niaga.

Menurut kenyataannya, kumpulan tidak membuat sebarang keputusan atau mengemukakan cadangan rasmi berhubung kemungkinan penswastaan CIMB Niaga.

“CIMB Niaga kekal sebagai bahagian penting dalam kehadiran serantau kumpulan dan terus komited terhadap operasinya di Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kumpulan akan terus mematuhi semua garis panduan kawal selia yang terpakai, termasuk keperluan pegangan saham awam minimum, dalam tempoh yang ditetapkan dan secara terancang,” katanya dalam kenyataan.

Sejak semalam, media melaporkan CIMB Group menilai kemungkinan untuk nyah senaraikan anak syarikatnya di Indonesia yang dimiliki sebanyak 92.46 peratus iaitu CIMB Niaga.

Laporan tersebut memetik daripada beberapa nota penyelidikan termasuk daripada BIMB Securities Sdn. Bhd. dan CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).

Antara faktor yang mendorong kepada perkara tersebut termasuk cabaran untuk memenuhi keperluan saham awam minimum di Indonesia, khusus sekiranya MSCI menurunkan status Bursa Saham Indonesia (IDX) daripada pasaran membangun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini