Hamid gesa SPRM siasat rasuah politik - Utusan Malaysia

Hamid gesa SPRM siasat rasuah politik

ABDUL Hamid Bador
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa rasuah politik sedang berleluasa dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu  menyiasat jenayah tersebut.

Ketua Polis Negara itu berkata, SPRM kena bertindak  dan jangan menyerahkan tanggungjawab itu kepada polis semata-mata.

“Saya memerangi rasuah dalam pasukan polis. Tetapi dalam politik, rasuah berlaku di mana-mana.

“Pemimpin mabuk kuasa dan mereka sedia beli orang lain. Itu adalah rasuah,” kata beliau pada sidang akhbar khas di Bukit Aman hari ini.

Menurut beliau, rakyat semakin meluat dengan perkembangan politik negara selain beliau juga  bimbang dengan nasib PDRM.

Bagaimanapun, menurut Hamid, hubungannya dengan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang bakal mengantikannya tiada masalah.

Hamid berharap Acryl Sani akan meneruskan usaha meningkatkan intergriti pasukan.

Ditanya mengenai Timbalan KPN yang baharu bagi menggantikan Acryl, Hamid berkata, Datuk Zamri Yahya, Datuk Razarudin Husin dan Datuk Ramli Din antara pegawai kanan dalam PDRM yang layak  memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, keputusan siapa bakal timbalan KPN akan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.