Terus patuh SOP - KPN - Utusan Malaysia

Terus patuh SOP – KPN

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan orang ramai mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan.

Justeru itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, masyarakat khususnya mereka berbangsa Tionghua yang akan menyambut Tahun Baharu Cina dinasihatkan mematuhi SOP ditetapkan.

Kata beliau, PDRM juga komited mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang sengaja ingkar arahan dikeluarkan.

“Pada masa sama akan terus menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Abdul Hamid, aktiviti penguatkuasaan dijalankan itu adalah usaha untuk melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 di negara.

“Di kesempatan ini juga, saya mewakili warga PDRM mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat berbangsa Tionghua,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN