fbpx

23 Oktober 2021, 1:18 pm

  TERKINI

Aktiviti tuba ikan, udang bimbangkan penduduk Pasir Gajah

UDANG yang ditemui mati dipercayai akibat akitiviti menuba di sekitar Sungai Kampung Pasir Gajah di Air Putih, Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Tindakan segelintir pihak yang mengambil jalan mudah untuk meraih hasil sungai dengan menggunakan tuba mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk Kampung Pasir Gajah, Air Putih di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pasir Gajah, Razali Omar berkata, kejadian itu dikesan minggu lalu berikutan kematian udang galah di sekitar sungai berkenaan.

Katanya, jika terus berlarutan, aktiviti itu dikhuatiri menjejaskan ekosistem sungai yang menjadi mata pencarian nelayan kampung tersebut.

“Udang dan ikan yang masih kecil dan belum matang pun boleh mati kerana dituba. Jadi, tidak mustahil hidupan sungai bakal pupus kalau aktiviti ini tidak dikawal.

“Kita mohon pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas untuk memastikan kejadian ini tidak berulang,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, sukarelawan Pusat Konservasi Tuntung di Kampung Pasir Gajah, Dylan Wang, berkata, aktiviti tidak bertanggungjawab tersebut turut berisiko menjejaskan populasi haiwan berkenaan yang lazimnya mendarat di sungai itu untuk bertelur.

“Aktiviti menuba bukan sahaja memberi kesan kepada anak-anak ikan, tetapi turut menjejaskan tuntung, sekali gus menyebabkan pencemaran di sungai ini.

“Tuntung yang terkesan mengalami pedih mata hingga penglihatan bermasalah. Jadi kita bimbang situasi itu berlaku, tambahan pula ketika ini adalah musim reptilia itu bertelur.

Menurut Dylan, impak aktiviti tuba bakal mengakibatkan haiwan yang diancam kepupusan itu tidak naik ke sungai untuk bertelur. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI