Pembasmian kemiskinan ambil kira semua faktor - Muhyiddin - Utusan Malaysia

Pembasmian kemiskinan ambil kira semua faktor – Muhyiddin

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan komited mewujudkan peluang lebih adil kepada semua kaum dan menjadi teras utama dalam program pembasmian kemiskinan di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, komitmen itu bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama tanpa mengira kaum.

“Dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara menyeluruh dan ini mengambil kira perbezaan bumiputera dan bukan bumiputera, wilayah dan bukan wilayah termasuk di Sabah dan Sarawak dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan pada masa lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris tentang langkah kerajaan dalam mengatasi masalah kemiskinan di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak di Dewan Negara hari ini.

Muhyiddin menegaskan, pihaknya tidak sesekali mengabaikan golongan bukan bumiputera meskipun kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan ekonomi mereka.

Menurut beliau, ia berikutan kerajaan sebelum ini memaklumkan akan mewujudkan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama, namun dasar itu mengambil kira kepentingan semua kaum.

“Bumiputera adalah sebahagian besar daripada populasi di negara ini iaitu hampir 70 peratus. Ini menyebabkan kerajaan menumpukan kepada mereka demi membangunkan ekonomi negara secara keseluruhan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah setiap kaum dan tidak mengabaikan mana-mana golongan khususnya dalam soal kemiskinan.

“Kita tidak boleh biarkan bukan bumiputera miskin dan hanya Melayu (bumiputera) kita kayakan, tidak boleh. Kita mesti ada satu dasar yang adil untuk semua kaum di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya