Sempat rakam video anak sebelum maut - Utusan Malaysia

Sempat rakam video anak sebelum maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hanya rakaman video dapat mengubat rindu seorang ibu yang kehila­ng­an anaknya selepas ditemukan maut dipercayai didera oleh bapa tirinya di sebuah pangsapuri di Kayu Ara, Damansara semalam.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nany, 23, dan juga ibu kepada mangsa ketika ditemui Mingguan Malaysia berkata, bagi menghilang rasa rindu terhadap anaknya itu, dia hanya mampu melihat video terakhir anaknya yang diambil tiga jam sebelum kejadian.

Katanya, ketika kejadian, dia keluar membeli makanan kira-kira pukul 10.50 malam sebelum pulang 10 minit kemudian dan terkejut melihat anaknya tidak sedarkan diri.

“Saya berkahwin dengan suami berusia 26 tahun itu sejak enam bulan lalu dan sepanjang perkahwinan kami dia tidak pernah mengasari anak saya.

“Malah jika saya ke tempat kerja, suami yang akan menjaga anak dan selalu menyuapnya makan. Cuma semalam dia pulang ke rumah dalam kea­daan tidak seperti orang normal dan berkemungkinan mabuk,” katanya.

Mengulas lanjut, Nany memberitahu, ketika kejadian itu, penyewa lain yang turut menyewa di rumah yang sama ada di dalam rumah mereka namun dia tidak keluar dari biliknya walaupun mendengar kanak-kanak itu menangis.

Tambah Nany, dia sempat bertemu suaminya ketika suspek dibawa ke balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas ditahan dan lelaki terbabit tidak menyangka dia membunuh kanak-kanak malang itu.

“Suami saya seorang yang penyayang cuma semalam saya tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya dan saya reda atas apa yang terjadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nany yang bekerja swasta berkata, mereka sekeluarga sempat bercuti ke Johor dan Perak minggu lalu dan sepanjang perkahwinan, suami­nya tidak pernah bertindak ganas.

“Selepas apa yang terjadi, saya mungkin pulang ke kampung dan berhenti kerja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil siasatan terhadap wanita itu mendapati, sebelum kejadian, dia bertengkar dengan seorang lelaki berusia 26 tahun sebelum keluar rumah untuk membeli makanan.

“Bagaimanapun, ketika pulang dia mendapati suspek sudah tiada dan menemukan anaknya yang tidak sedarkan diri,” katanya di sini semalam.

Nik Ezanee berkata, suspek iaitu seorang pemandu Grab ditahan polis bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya