PRU awal jalan terbaik - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

PRU awal jalan terbaik – Abdul Hadi

abdul hadi
ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pas senada dengan Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan pilihan raya umum (PRU) awal sebagai jalan terbaik untuk mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mandat perlu diserahkan kepada rakyat untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil dan dalam masa sama menolak fitnah berterusan yang mengaitkan kerajaan PN sebagai kerajaan pintu belakang.

“Mandat rakyat itu perlu kerana majoriti kita (di Parlimen) sedikit dan perlu pilihan raya segera.

“Kita perlukan kerajaan yang kukuh dan sokongan wakil rakyat dalam jumlah yang ramai, terpulang kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk berbincang bila pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pejabat Presiden Pas di Rusila sejurus selepas selesai menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila di sini hari ini. _ UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya