Pertahan kemerdekaan negara - PM - Utusan Malaysia

Pertahan kemerdekaan negara – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tabah mengharungi cabaran dalam kehidupan norma baharu dan terus bersemangat mempertahan kemerdekaan negara.

Itu seruan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk semua rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63 esok.

Dalam video berdurasi 3 minit 39 saat yang dipaparkan dalam laman Facebook beliau, Perdana Menteri mengimbau kembali pengorbanan wira negara sejak 63 tahun lalu sehingga kini melalui visual gambar-gambar berkaitan pelbagai peristiwa bersejarah negara.

“(Tahun) 1957, 63 tahun menyusuri kedamaian yang kita semua kecapi selama ini. Demi tanah air, demi anak bangsa, walau berbeza namun kita semua adalah sama.

“Tanpanya tidak wujud keamanan ini. Perjuangan ini tetap akan diteruskan untuk mempertahan tanah bertuah ini,” katanya dalam video tersebut.

Bersesuaian dengan situasi negara ketika ini, Muhyiddin turut menyuntik semangat rakyat untuk terus tabah menghadapi cabaran baharu dalam dunia yang kini masih bergelut membebaskan diri daripada pandemik Covid-19.

“Ayuh, anak bangsaku! Kita sambut cabaran baharu dalam kehidupan norma baharu. Walau apa jua rintangan mendatang, kita tempuh dengan kecekalan dan kesungguhan yang tinggi.

“Bersatu, berazam dengan penuh semangat kita pertahankan kemerdekaan ini,” katanya.

Video tersebut ditutup dengan laungan keramat “Merdeka!” dan slogan Malaysia Prihatin oleh Muhyiddin bersama 31 ahli Jemaah Menteri yang lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya