Pahang kekal 'status quo' kerusi DUN - Utusan Malaysia

Pahang kekal ‘status quo’ kerusi DUN

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pahang akan mengekalkan ‘status quo’ pengagihan kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna, selepas ditolak kerusi DUN yang kini disandang oleh BN iaitu 25 kerusi dan Pas yang membabitkan lapan kerusi, hanya sembilan kerusi yang akan terbabit dalam pembahagian.

Sembilan kerusi yang dimenangi PKR dan DAP dalam PRU-14 adalah Tanah Rata, Tras, Semambu, Bilut, Sabai, Te­runtum, Mentakab, Ke­tari dan Triang.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perbincangan akan diadakan antara UMNO, Pas, MCA dan MIC bagi menentukan parti yang akan bertanding di sembilan kerusi terbabit.

“Ada merit-merit tertentu, ada sifir-sifir tertentu yang akan diguna pakai,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di Wisma Sri Pahang di sini.

Bagi 14 kerusi Parlimen pula, Wan Rosdy berkata, belum ada perbincangan diadakan dan beliau harus merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya