Wanita maut kepala digilis lori di Batu Gajah - Utusan Malaysia

Wanita maut kepala digilis lori di Batu Gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH – Seorang wanita maut apabila kepalanya digilis lori dalam kemalangan di Batu 6, Jalan Tanjung Tualang di sini pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 11.15 pagi itu, mangsa, Nor Fazila Din, 55, meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya, Ramli Dahalan, 57, mengalami kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 37 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Kampar menghala ke Batu Gajah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda Vario ditunggang suami isteri itu yang berada di laluan sama di kiri jalan tiba-tiba masuk ke tengah jalan secara mengejut. 

“Pemandu lori yang berada di belakang motosikal tersebut cuba mengelak daripada melanggar mangsa dengan masuk ke laluan bertentangan namun ia melanggar juga motosikal itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Ahmad Adnan, akibatnya pembonceng motosikal itu tercampak ke jalan sebelum dia digilis di bahagian kepala. 

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk proses bedah siasat manakala suaminya yang parah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. 

“Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini