PASIR GUDANG – Kerajaan negeri melakukan pengukuran kualiti udara di 85 buah sekolah di daerah ini secara serentak pada pagi ini bertujuan mengetahui tahap kualiti udara dan perkembangan pencemaran. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, lebih 100 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan akan ditempatkan di sekolah-sekolah terbabit. “Tiga hingga empat anggota akan ditempatkan di setiap sekolah. Ini bagi mengetahui perkembangan dan bacaan terkini kualiti…










