Syed Saddiq hargai sumbangan TMJ - Utusan Malaysia

Syed Saddiq hargai sumbangan TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Dewan Rakyat hari ini mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memainkan peranan besar dalam perkembangan bola sepak tanah air.

Kata menteri itu, meskipun sumbangan yang diberikan fokus kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Johor, namun impak tersebut dapat dirasai ke seluruh negara dengan ramai pemain JDT mewakili Malaysia.

“Saya juga kena ucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail kerana memainkan peranan yang sangat penting dan mustahak dalam membangunkan landskap bola sepak khususnya melalui pembangunan di Johor sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana akhirnya pemain-pemain yang dilatih di Johor akan mewakili negara untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada RSN Rayer (PH-Jelutong) semasa sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Rayer bertanyakan adakah kementerian mahu mengadaptasi corak pembangunan bola sepak JDT terhadap pasukan negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini