ALOR SETAR – Seorang lelaki maut dipercayai tertembak diri sendiri semasa mencuci senapang patah jenis benelli semi auto miliknya di Kampung Perlis Simpor, Tikam Batu, dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, mangsa berusia 59 tahun yang merupakan seorang peniaga ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tersembam oleh isterinya di anjung rumah mereka. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, terdapat kesan tembakan di bawah…










