Neymar, Mbappe dalam video pelancaran jersi PSG - Utusan Malaysia

Neymar, Mbappe dalam video pelancaran jersi PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Bintang penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dan Kylian Mbappe muncul semasa pelancaran jersi baharu pasukan itu bagi musim 2019-2020.

Neymar sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan semula ke Barcelona manakala Mbappe menjadi sasaran utama Real Madrid.

Bagaimanapun, juara Ligue 1 itu dilihat menjangkakan kedua-dua pemain bintang itu akan kekal di Parc des Princes musim hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua pemain itu muncul dalam video pelancaran jersi terbaharu pasukan.

Mbappe menjaringkan 33 gol dalam saingan Ligue 1 manakala Neymar meledak 15 gol untuk PSG menamatkan saingan dengan kelebihan 16 mata.

Neymar dilaporkan mahu meninggalkan PSG dengan timbalan presiden Barcelona, Jordi Cardoner mengesahkan bintang Brazil itu akan kembali ke Camp Nou.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini