Lelaki parah ditukul jiran angkara hutang - Utusan Malaysia

Lelaki parah ditukul jiran angkara hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Seorang lelaki cedera parah akibat dipukul menggunakan tukul oleh jirannya dalam kejadian di kuaters pekerja tapak pembinaan di sini pada Jumaat.

Difahamkan, kejadian terbabit berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada salah faham membabitkan hutang di antara suspek serta mangsa.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd. Haris Ibrahim berkata, mangsa yang berumur dalam lingkungan 30 tahun itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE), Sabah dengan bantuan orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua mangsa dan suspek adalah warga asing. Perselisihan faham bermula apabila suspek meminta hutang daripada mangsa yang sudah diberi tempoh selama tiga hari.

“Marah dengan tindakan mangsa itu, suspek kemudiannya secara tiba-tiba memukul mangsa menggunakan tukul semasa mangsa cuba beredar,” menurut laporan portal Utusan Borneo.

Menurutnya, selepas dipukul mangsa terbaring dalam keadaan parah dan suspek segera melarikan diri bersama isterinya.

Haris berkata, mangsa mengalami kecederaan retak di bahagian atas tengkorak kepala dan pendarahan dalaman pada bahagian dada.

Tambahnya, suspek kini diburu dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini