Jenama Siti Khadijah angkat martabat telekung - Utusan Malaysia

Jenama Siti Khadijah angkat martabat telekung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jika beg tangan dan tudung boleh diangkat martabat dengan harga ribuan ringgit, mengapa telekung tidak boleh? Begitulah jawapan Pengasas Siti Khadijah (SK), Padzilah Enda Sulaiman apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk menceburi perniagaan telekung pada 2009.

Padzilah berkata, pada waktu itu, telekung kebanyakannya dijual pada harga serendah RM50 dan bersesuaian dengan har­ganya, ia begitu nipis dan bahagian muka tidak begitu terletak seperti yang beliau mahukan.

Katanya, beliau kemudian menggunakan duit simpanan bersama suami, Aminuddin Mohd. Nasir dengan modal RM10,000 untuk membeli fabrik bermutu tinggi dan menghasilkan sebanyak 200 helai telekung jahitan sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi pada waktu itu, siapa hendak beli ­telekung harga premium? Saya berdepan cabaran untuk menjual telekung yang telah siap sehinggalah dibantu wartawan Utusan Malaysia pada waktu itu untuk keluar di dalam akhbar bagi ruangan produk baharu.

“Lama kelamaan, produk SK mendapat tempat di hati pengguna, masyarakat semakin sedar akan kepentingan mengenai kepentingan telekung dalam sebagai pakaian untuk beribadat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Menyedari semakin banyak produk tiruan SK di pasaran, Padzilah berkata, beliau berasa kasihan dengan pelanggan yang tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab.

“Orang yang tidak tahu akan bertanya, mengapa ramai perkatakan telekung SK selesa dipakai tetapi apabila mereka yang ‘terbeli’ atau menerima produk tiruan tidak merasakan keselesaan itu.

“Masih ramai yang tidak memahami tentang hak intelek. Ini semua sedikit sebanyak memberi impak kepada jenama SK,” jelas beliau yang memilih SK sebagai jenama dalam mengambil keberkatan nama wanita terulung, Saidatina Siti Khadijah.

Mengenai perancangan masa hadapan, Padzilah membe­ritahu, pihaknya bakal mempelbagaikan lagi penawaran produk kepada segmen gaya hidup berbanding hanya telekung, tudung dan kelengkapan ibadah sahaja ketika ini.

“Yang penting, konsep yang sama akan kekal menjadi panduan iaitu keselesaan. Contohnya, baju kurung, kami akan membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengkaji saiz badan masyarakat Asia untuk menghasilkan produk yang selesa dipakai.

“Kami merancang untuk membuka satu butik jenama SK Lifestyle pada akhir tahun ini,” tambah beliau.

Rancang 
tembusi 
Abu Dhabi, Brunei, Singapura

Bakal 
buka 
butik jenama ‘SK Lifestyle’

15 
cawangan 
di 
Indonesia

32 
cawangan di seluruh Malaysia

Jenama SK mula bertapak sejak 2009

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini