KUALA LUMPUR 30 Jun – Pengedar sah Ducati di Malaysia, Next Bike Sdn. Bhd., baru-baru ini melancarkan versi baharu barisan sembilan model motosikal berkuasa tinggi itu di pasaran Malaysia. Pengerusi Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, pengenalan model baharu itu diharap dapat membantu syarikat mencapai sasaran jualan 380 unit tahun ini. Katanya, pada tahun lalu, kumpulan menyasarkan 230 unit dan…










