Ahli UMNO-Pas sudah lupakan persengketaan, kini harmoni - Utusan Malaysia

Ahli UMNO-Pas sudah lupakan persengketaan, kini harmoni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Julai – Berjauh hati dan bermasam muka antara ahli UMNO dan Pas terutama di negeri ini sudah tiada lagi sebaliknya hubungan yang ada sesama mereka kini semakin harmoni.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamad berkata, keharmonian serta kukuhnya hubungan UMNO dan Pas itu kerana teruknya kerajaan yang ada pada hari ini.

“Teruknya kerajaan yang ada berjaya menjadikan ahli UMNO dan Pas melupakan persengketaan sesama kita yang dulu berpisah sekejap dan kini sudah kembali bersatu dengan hubungan lebih harmoni.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, kita perlu pastikan bukan sahaja peringkat kepimpinan UMNO dan Pas sahaja yang memperkukuhkan kerjasama tetapi juga ahli akar umbi dan kita dah nampak sokongan penuh itu, ahli-ahli kedua-dua parti kini bersama,” katanya di sini hari ini.

HASNI MOHAMMAD bersama Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin ketika menghadiri Durian Fest
HASNI MOHAMMAD bersama Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin ketika menghadiri Durian Fest di  Zainal’s Place Sri Tebrau hari ini. – UTUSAN ONLINE/Nur Aisyah Mazalan

Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri Durian Fest di Zainal’s Place di Sri Tebrau yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Mohamad Hairi Mad Shah.

Pada majlis yang bermula pada 2.30 petang itu, pemilik restoran, Norshahrizan Zainal menyediakan 500 kilogram durian, 100 kilogram rambutan dan 100 kilogram manggis untuk dijamu kepada pelanggan secara percuma.

Hasni berkata, dalam menjayakan usaha itu, UMNO dan Pas negeri giat menjalankan pelbagai program dengan teratur sekali gus memastikan kerjasama itu tidak menimbulkan sebarang persepsi yang boleh menggugat keharmonian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini