2 rumah teres hampir musnah terbakar - Utusan Malaysia

2 rumah teres hampir musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Taman Bukit Maluri dekat Kepong gempar apabila dua rumah teres terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan bagaimanapun berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kita terima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul 2.59 pagi sebelum mengejarkan 29 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang, Sri Hartamas, TTDI dan Sentul ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan, Rosli Aris itu berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.25 pagi dan kemusnahan dianggarkan sebanyak 60 peratus,” katanya.

Tambahnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini