105 penagih dadah ditangkap di Sarawak - Utusan Malaysia

105 penagih dadah ditangkap di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berjaya mengesan 105 individu positif dadah dalam Operasi Perdana Siri Dua yang dijalankan dari 19 hingga 27 Julai lalu di seluruh Sarawak.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Pengarah AADK Sarawak, Wan Madihi Wan Salleh berkata, dalam operasi itu seramai 141 individu ditahan dan 105 daripadanya dikesan positif dadah.

Menurutnya, operasi itu dijalankan di beberapa daerah dari Kuching hingga ke Lawas yang dikenal pasti aktif dengan penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 97 individu yang dikesan positif dadah jenis methamphetamine atau syabu manakala lapan individu dikesan positif ganja dan kesemuanya berusia dalam lingkungan 21 hingga 49 tahun.

“Kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Wan Madihi, orang ramai digesa memberi kerjasama untuk memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini