1 maut, 1 parah dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung - Utusan Malaysia

1 maut, 1 parah dalam perjalanan pulang berhari raya di kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING – Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya tercampak keluar dan cedera parah selepas kereta dinaiki enam beranak untuk pulang berhari raya di kampung terbabas dan masuk longkang di Sungai Ambat, Jalan Jamaluang di sini pukul 6.54 pagi ini.

Dalam kejadian tersebut, kereta Perodua MyVi dinaiki keluarga tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala Felda Tenggaroh 2, Kota Tinggi sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan tersebut.

Akibat kemalangan berkenaan, Marissa Az Zahra Mazlan, 9, yang duduk di tempat duduk hadapan penumpang meninggal dunia manakala ibunya,

Memuatkan artikel berkaitan…

Faizah Che Don, 39, cedera parah dan tersepit selepas tercampak keluar.

Bapa kanak-kanak tersebut yang hanya dikenali sebagai Mazlan, 40-an serta tiga anaknya yang lain berusia 3, 6 dan 12 tahun terselamat.

Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Anuar Hussien dikejarkan ke tampat kejadian.

Menurut Anuar, pihak bomba telah mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya kepada pihak ambulan untuk tindakan seterusnya.

“Operasi tamat pukul 8.25 pagi. Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

“Ketika kejadian suami mangsa yang membawa kenderaan. Isteri dan tiga anak yang lain berada di belakang. Anak kedua berada di tempat duduk penumpang hadapan.

“Ketika kemalangan berlaku si isteri telah tercampak ke hadapan dan tersepit. Anak di penumpang hadapan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini