KUALA LUMPUR 30 Mei – Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset merekodkan perolehan sebanyak RM5.86 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019 naik 0.7 peratus berikutan peningkatan pinjaman sebanyak 4.8 peratus. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata, keuntungan sebelum cukai mencapai RM2.45 bilion bagi suku ini berbanding dengan RM2.56 bilion pada tahun sebelumnya kerana kumpulan mengambil pendekatan konservatif dalam menetapkan…










