KANGAR 30 Mei – Universiti Malaysia Perlis (Unimap) melalui sekretariat kampus Lestari dengan kerjasama syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menganjurkan hari kutipan barangan kitar semula (RFL) di beberapa lokasi terpilih sekitar kampus Pauh Putra di sini. Program tersebut diadakan sepanjang masa di lokasi terbabit bagi memudahkan rakyat negeri ini serta pelajar universiti itu mengambil manfaat daripada aktiviti yang dianjurkan itu. Seterusnya, Unimap berazam menjadi institusi yang memanfaatkan amalan kitar…










