PUTRAJAYA 30 Mei – Walaupun Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah memasukkan Malaysia dalam Senarai Pemantauan Negara Manipulator Mata Wang, laporan tersebut tidak menamakan Malaysia sebagai manipulator mata wang. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kemasukan Malaysia dalam senarai tersebut bersama dengan negara-negara pedagang utama dunia yang lain seperti Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura sebenarnya hanya menonjolkan kekukuhan negara serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam ekonomi dunia. “Mana-mana…










