Saffa sentiasa yakin diri - Utusan Malaysia

Saffa sentiasa yakin diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENCARI keyakinan diri bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, namun ia harus dipupuk dalam diri setiap insan bagi mencungkil ‘permata’ yang ada dalam diri masing-masing.

Setiap orang boleh menjadi seperti yang mereka impikan sekiranya ia diusahakan bersama dengan keyakinan yang jitu di samping percaya kepada diri sendiri.

Itulah yang sentiasa menjadi pegangan kepada gadis manis ini, Nur Saffa Syahidah Md. Yusof, 20, yang mempercayai bahawa keyakinan diri akan mendorong seseorang itu kepada kejayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh itu, tidak hairanlah keyakinan figura cantik ini sentiasa terserlah melalui personaliti dan gayanya yang sentiasa mengikut peredaran semasa serta tidak pernah gentar untuk berfesyen.

Katanya, keyakinan akan membentuk diri dan pemikiran yang positif sekali gus memberi peluang kepada individu tersebut untuk meneroka peluang serta cara menuju kejayaan.

“Oleh itu, saya menggalakkan orang ramai supaya yakin dengan diri mereka kerana dengan keyakinan itu segalanya tidak mustahil untuk dicapai.

“Jika kita lihat, ramai yang berkebolehan dalam pelbagai bidang sama ada seni, motivasi diri mahupun teknikal, tetapi jika tiada keyakinan diri pastinya kebolehan itu akan terbiar dan sia-sia,” katanya.

Biarpun masih muda, gadis kelahiran Melaka ini telah diberi kepercayaan untuk mempromosi dan melakukan ulasan berbayar pelbagai jenama produk sama ada pakaian atau kecantikan.

Selain itu, dia juga gemar mencari terapi buat dirinya sendiri untuk tampil yakin dan memotivasikan diri.

Gemar melancong ke luar negara, ia merupakan antara terapi buatnya untuk menenangkan diri selain meluaskan pengalaman dan pemandangan ke tempat orang.

“Bila melancong saya suka tengok suasana dan masyarakat tempatan, makanan serta kemudahan yang ada untuk meningkatkan pengetahuan.

“Tambahan pula, jika tertekan dengan kesibukan kerja, melancong sangat membantu untuk menenangkan diri kembali,” jelasnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini