Roti john sambal hitam, cheese jadi rebutan - Utusan Malaysia

Roti john sambal hitam, cheese jadi rebutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Keenakan roti john sambal hitam dan cheese menjadi pilihan pengunjung Bazar Ramadan Jerantut di Dataran Majlis Daerah Jerantut (MDJ), di sini.

Orang ramai dilihat sanggup beratur panjang untuk mendapatkan roti john Wanda Anje Laa di bazar berkenaan.

Penjualnya, Norhalim Abu, 42, berkata, dia menjual roti john bersama isterinya, Wan Zulkaedah Wan Ahmad, 39.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menjual empat jenis roti john iaitu ayam, daging, sambal hitam dan cheese.

“Sambal hitam yang paling banyak mendapat sambutan kerana ia merupakan makanan tradisional daerah ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurutnya, dia mampu menjual roti john antara 250 biji hinggan 300 biji sehari pada bulan Ramadan dengan harga RM6 hingga RM10 sebiji.

“Kami terpaksa menggunakan dua pekerja tambahan agar tempahan pelanggan dapat disiapkan dengan cepat bagi mengelak mereka menunggu lama,” ujarnya.

Norhalim memberitahu, dia hanya menjual roti john pada bulan Ramadan di bazar berkenaan sejak 2016.

“Alhamdulillah, sambutan pelanggan amat menggalakkan dan rezeki ini bolehlah kami gunakan untuk buat persiapan Hari Raya Aidilfitri,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini