Remaja dikhuatiri lemas ditemukan maut - Utusan Malaysia

Remaja dikhuatiri lemas ditemukan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mei – Seorang daripada tiga remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Nanga Tutus, Sibu, Sarawak telah ditemukan maut hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Sarawak dalam satu kenyataan berkata, mangsa, Tisha Janggok, 12, ditemukan pada pukul 2.30 petang dan hanyut di kawasan jeti Pos Kawalan Bomba (PKB) kira-kira 5 kilometer dari lokasi dipercayai hilang.

“Mangsa ditemukan oleh polis yang melalui kawasan tersebut sebelum dibawa menaiki bot dan dihantar ke Hospital Sibu, Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi pencarian dua lagi remaja yang dikhuatiri lemas diteruskan di kawasan mangsa pertama ditemukan,” katanya.

Semalam, media melaporkan mangsa bersama dua lagi remaja yang hilang iaitu Trance Gong Tommy, 14, dan Nur Syahiera Salam, 13, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Nanga Tutus, Sibu kira-kira pukul 4.10 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini