Penghormatan Google buat Sudirman - Utusan Malaysia

Penghormatan Google buat Sudirman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mei – Syarikat gergasi internet, Google memberi penghormatan kepada Datuk Sudirman Arshad dengan melakarkan karya seni lukisan alternatif, doodle sempena ulang tahun kelahiran penghibur kesayangan ramai itu, hari ini.

Karya seni itu memaparkan lukisan kartun Sudirman sedang membuat persembahan berlatar belakang lampu neon yang menggabungkan warna ungu, kuning dan merah jambu yang membentuk tulisan Google.

Menariknya, lakaran tulisan Google tersebut memaparkan gaya tanda tangan Sudirman terkenal dengan lagu Salam Terakhir itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudirman bekerja sebagai seorang wartawan dan seorang pengacara sebelum menjadi penghibur yang paling popular di Asia, diingati untuk suaranya dan pernah mengadakan konsert bebas terbesar dalam sejarah Malaysia.

“Sudirman yang dilahirkan pada 25 Mei 1954 itu juga pernah dilantik sebagai “Duta Penyanyi” oleh Kementerian Pelancongan Malaysia kerana kebolehannya menyanyi dalam pelbagai bahasa antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Tagalog, Bahasa Korea dan beberapa dialek Cina,” kata Google di laman web, www.google.com/doodles/sudirman-arshads-65th-birthday.

Tambah Google, Sudirman merupakan anak jati Temerloh, Pahang turut terkenal dengan rancangan televisyen mingguan yang memaparkan beliau menghiburkan penonton sambil melukis potret mereka.

Kata capaian tersebut, Sudirman pernah muncul dalam filem Kami, menulis buku kanak-kanak berjudul Taming Si Budak Pintar, memiliki 14 buah album dan menerima Anugerah Industri Muzik.

“Nama beliau diletakkan di sebuah jalan di kampung halamannya dan Dana Biasiswa Sudirman ditubuhkan untuk menyokong persembahan seniman. Selamat hari lahir Sudirman Haji Arshad!,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini