Lebih 300 hidangan termasuk sajian lauk- pauk serta kuih-muih tradisional Melayu kini disajikan di Hotel Dorsett Putrajaya sempena Ramadan sehingga 2 Jun ini.
Dengan berlatarbelakangkan pemandangan Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin, tetamu hotel akan dihidangkan dengan sajian cita rasa Melayu seperti pek nga kelapa dengan kari ikan, laksam Kelantan, nasi kerabu, nasi lemak delima dengan sambal hijau dan sup gear box.
Hotel Dorsett Putrajaya dalam satu kenyataan memberitahu, harga bufet adalah RM138 untuk pelanggan dewasa selain turut menawarkan baucar tempahan awal berharga RM99 untuk pelanggan dewasa.
Hotel itu turut menawarkan pakej penginapan sempena Ramadan dengan harga bermula RM320 sebilik termasuk hidangan berbuka dan bersahur untuk dua orang.
Tempoh tempahan bermula sekarang hingga 2 Jun manakala tempoh penginapan bermula 8 Mei hingga 2 Jun.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 03-88928388 atau emel kepada [email protected]. – BERNAMA











