Kementerian nafi dakwaan 100,000 orang China dapat kewarganegaraan - Utusan Malaysia

Kementerian nafi dakwaan 100,000 orang China dapat kewarganegaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman bahawa terdapat 100,000 orang pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) yang berasal dari China telah dianugerahkan kewarganegaraan.

Kementerian Dalam Negeri dalam kenyataan berkata, berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dari 10 Mei tahun lalu sehingga 15 Mei lalu, terdapat hanya 37 individu dari negara tersebut yang dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.

“Kewarganegaraan merupakan anugerah tertinggi kerajaan Persekutuan dan hak eksklusif yang ditawarkan serta diberikan dengan sewenang-wenangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permohonan kewarganegaraan hanya boleh dikemukakan setelah seseorang warga asing memenuhi syarat yang diperuntukkan di bawah Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan dan Citizen Rules 1964 serta perundangan-perundangan lain yang berkuat kuasa seperti peraturan imigresen.

“Setiap pertimbangan dibuat dengan teliti kerana ia akan menyebabkan warga asing tersebut menikmati keistimewaan dan hak yang sebelum ini hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia sahaja,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini