Jangan lupakan golongan terpinggir - Utusan Malaysia

Jangan lupakan golongan terpinggir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Kerajaan berharap lebih banyak syarikat dan tokoh korporat dapat memberikan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sumbangan daripada golongan tersebut diyakini dapat mencapai seterusnya membantu lebih ramai komuniti yang selama ini dilihat terpinggir.

“Saya berharap akan ada lebih banyak syarikat, tokoh korporat yang terus memberikan khidmat bakti khususnya dalam bulan yang begitu istimewa ini. Jangan sesekali kita lupakan mereka yang sering sekali dilupakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau semua golongan korporat memainkan peranan, insya-Allah saya agak yakin kita dapat membantu lebih ramai orang dan nikmat Hari Raya dan bulan ibadah ini akan jauh lebih baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Sumbangan Jakel Raya kepada Asnaf di Pusat Beli-belah Jakel di sini hari ini.

Seramai 50 penerima terdiri daripada asnaf dan orang kurang upaya (OKU) penglihatan menerima sumbangan berupa wang tunai dan pakaian daripada Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel).

Turut hadir Ketua Pegawai Strategi Jakel, Mohd. Fuad Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini