HAMPIR dua tahun sunyi tanpa cinta pelakon cantik Intan Najuwa memberitahu dia kini lebih senang memberikan tumpuan kepada bidang kerjaya sahaja. Tidak mendedahkan sebab mengapa hubungan cintanya sebelum ini berakhir, kata Intan dalam keadaan sekarang dia tidak terlalu tergesa-gesa dalam mencari cinta. “Memang ramai yang tidak tahu, sebab saya sudah lama tidak berkongsi sebarang gambar. Ikutkan sudah lebih setahun saya solo dan tidak berteman. “Mengapa berpisah, rasanya biarlah saya simpan…









