Suami, isteri direman salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Suami, isteri direman salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 29 April – Seorang penolong jurutera bersama isterinya masing-masing direman enam dan lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa melibatkan projek antara tahun 2015 hingga 2018.

Perintah reman terhadap pasangan itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret / Sesyen Kuala Terengganu, Roszita Md. Saad di sini.

Lelaki berumur 42 tahun itu ditahan secara berasingan pada pukul 11.20 pagi di pejabatnya manakala isterinya ditahan ketika membuat keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pukul 5.55 petang, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurutera yang berkhidmat di sebuah agensi kerajaan di Hulu Terengganu itu dan isterinya disyaki menyalah gunakan lesen kontraktor milik kenalan mereka untuk mendapatkan projek-projek yang masih belum dianggarkan amaunnya.

Suspek dikatakan mempunyai kepentingan dalam menyelia dan mengesahkan kerja-kerja tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini