SPRM kemuka rayuan kes bekas Exco Johor, anak, perunding hartanah - Utusan Malaysia

SPRM kemuka rayuan kes bekas Exco Johor, anak, perunding hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan bekas Exco kerajaan negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi, anaknya serta perunding hartanah daripada 37 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, rayuan itu dijalankan selepas hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya.

Jelasnya, tindakan tersebut akan dilakukan dalam tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kosmo! Online hari ini melaporkan, Mahkamah Sesyen Johor Bahru membebaskan ketiga-tiga individu itu atas 37 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram bernilai lebih RM 30 juta antara 2013 hingga 2016.

Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan ke atas Abdul Latif, 53, dan anaknya, Ahmad Fauzan Hatim, 27, serta perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd. Raub, 46, selepas pihak pendakwa raya gagal menimbulkan kes frima facie pada akhir pendakwaan.

Keputusan itu diputuskan selepas mengambil kira 13 alasan penghakiman yang dibentangkan Kamarudin pada prosiding di akhir kes pendakwaan yang berlangsung kira-kira 15 minit.

Mahkamah mengarahkan wang jaminan dipulangkan semula selain memberitahu pihak pendakwaan rayuan boleh dibuat dalam tempoh 14 hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini