KUALA LUMPUR 29 April – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah melakukan pemantauan kejadian pangsapuri retak di Taman Keramat Permai, Ampang Jaya, dekat sini dan sedia menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Mohtar Mohd. Abd. Rahman berkata, keretakan bangunan itu diklasifikasikan sebagai satu insiden sahaja dan pihaknya akan memantau agar bencana yang lebih buruk dapat dielakkan. “Pasukan bomba telah membuat pemantauan di…










