PETALING JAYA 29 April – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengucapkan tahniah kepada Indra Putra Mahayuddin, pemain Kuala Lumpur yang menjaringkan gol ke-100 dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu. Bekas pemain negara itu adalah pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam Liga Super yang dilancarkan pada 2004. Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata, ia merupakan pencapaian hebat oleh pemain berusia 38 tahun itu. “Bagi usianya yang mencecah 38 tahun itu,…









