“Usah peduli apa orang nak kata. Yakin dengan diri sendiri dan teruskan usaha untuk mengejar cita-cita yang kita impikan. Itu antara kata-kata yang menjadi pegangan kepada seorang wanita yang mempunyai hati kental apabila dia nekad melibatkan diri dalam kerjaya cari gali minyak di lautan yang penuh mencabar. Meskipun seringkali dipandang serong oleh masyarakat, wanita manis tinggi lampai ini tidak mahu mengambil peduli mengenai tanggapan yang dilemparkan kepadanya. Biarlah segala…









