Malaysia kutuk serangan di Sri Lanka - Utusan Malaysia

Malaysia kutuk serangan di Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 April – Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia setakat ini terlibat dalam siri pengeboman di Sri Lanka yang dilaporkan telah mengorbankan 156 orang.

Menurut laporan, pengeboman disasarkan ke arah hotel dan gereja di negara itu turut mencederakan 400 yang lain.

Lapor al-Jazeera, tiga letupan berlaku di gereja Katolik manakala tiga lagi terjadi di Hotel Cinnamon Grand, Kingsbury dan Shangri-La.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malaysia jelas Wisma Putra, mengutuk serangan itu dan berharap pihak yang bertanggungjawab melakukannya dihadapkan ke muka pengadilan.

“Setakat pukul 1.30 petang waktu Malaysia, tiada rakyat Malaysia dilaporkan dalam senarai mereka yang terkorban.

“Doa kami bersama mangsa dan keluarga mereka yang terlibat dalam serangan itu,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa insiden berkenaan daripada media serta pihak berkuasa tempatan.

Jelasnya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo turut memantau situasi itu dan boleh dihubungi di 45, Rosmead Place Colombo 07, Sri Lanka, telefon 00-(94) 11 755 7711, 00-(94) 76 677 4445, 00-(94) 76 398 8777 atau e-mel [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini