PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Lajim Ukin sebagai pemerhati bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Sabah adalah mewakili kategori agensi kerajaan yang berkelayakan iaitu Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) dan tidak mewakili parti politik yang dianggotainya. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, dalam pemilihan dan pelantikan pemerhati pilihan raya, kelayakan permohonan individu atau organisasi yang memohon akan dinilai mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.…









