Kempen Ramadan tanpa pembaziran - Utusan Malaysia

Kempen Ramadan tanpa pembaziran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kadar pembaziran yang tinggi dan peruntukan besar untuk pengurusan sisa pepejal setiap tahun mendorong kerajaan untuk mengambil langkah proaktif mengadakan kempen Ramadan Tanpa Pembaziran tahun ini. 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, pembaziran di negara ini amat membimbangkan sehingga memberi kesan kepada kewangan negara apabila terpaksa memperuntukkan lebih RM2 bilion untuk pengurusan sisa pepejal pada 2017.

“Menurut laporan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), rakyat di negara ini membuang 15,000 tan metrik makanan sehari dan 3,000 tan metrik daripadanya adalah makanan yang masih elok dan tidak sepatutnya dibuang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi, bahan sisa buangan itu meningkat 15 hingga 20 peratus pada Ramadan. Jadi ubahlah sikap dan apabila ke Bazar Ramadan, fikirlah 10 kali sebelum membeli kerana kita antara yang menyumbang kepada pembaziran yang melampaui batas sehingga boleh merosakkan alam sekitar,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini hari ini. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini