Jentera serangan Perak tumpul - Utusan Malaysia

Jentera serangan Perak tumpul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 April – Ketumpulan jentera serangan terus memberikan masalah kepada Mehmet Durakovic yang menyaksikan pasukan kendaliannya, Perak tewas 0-1 di laman sendiri kepada Pahang dalam saingan Liga Super, semalam.

Katanya, pasukannya bermain dengan baik termasuk melakukan pelbagai asakan tetapi tiada sentuhan penyudah berkesan untuk menghasilkan gol dalam perlawanan itu.

Dalam aksi tersebut, Perak beraksi tanpa kehadiran Gilmar Jose Da Silva yang mengalami kecederaan selain Zac Anderson dan Leandro Dos Santos yang digantung perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertemuan itu menyaksikan, Harold Mark Goulon pada minit ke-56 untuk memastikan skuad Tok Gajah meraih tiga mata.

“Kami bermain dengan baik tetapi tiada sentuhan penyudah manaka Pahang berjaya menjaringkan gol hasil situasi bola mati.

“Kami juga bermain dengan hanya menggunakan tenaga pemain tempatan selepas Wander (Luiz) dikeluarkan sebelum rehat,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini