Jangan aniaya pembeli PR1MA Rantau - Utusan Malaysia

Jangan aniaya pembeli PR1MA Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 6 April – Kerajaan mesti meneruskan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau yang kini telah terbengkalai beberapa bulan sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau dimaklumkan bahawa kontraktor telah menghentikan kerja-kerja mereka kerana tidak lagi mendapat pembayaran yang sepatutnya.

Katanya, keadaan projek PR1MA Rantau yang terhenti tersebut telah menyebabkan semua pembelinya terbeban kerana perlu membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan selain terpaksa pula membayar sewa rumah masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini amat dikesali kerana pembeli-pembeli kebanyakannya meminjam sama ada pinjaman perumahan kerajaan ataupun melalui pinjaman bank.

“Rumah ada yang telah 60 hingga 70 peratus siap dan mereka terpaksa membayar ansuran bulanan pada masa yang sama rumah tak siap dan mereka tinggal di rumah sewa, membayar sewa bulanan pula.

“Ramai pembeli jumpa saya dan mereka menyatakan terbeban sekarang, saya juga telah menulis kepada PR1MA supaya mengambil perhatian dan meneruskan projek ini, tapi seperti mana kita tahu, merela tiada lagi peruntukan untuk meneruskan projek itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO menggesa supaya Menteri Kewangan membantu pembeli-pembeli tersebut dengan membuat pembayaran kepada kontraktor dan pemaju agar projek tersebut dapat diteruskan.

“Ini satu penganiayaan kepada pembeli kerana ini projek kerajaan, kalau projek tersebut dibuat oleh syarikat swasta atau pemaju yang kecil-kecil kita faham kerana keadaan ekonomi yang teruk sekarang. Tapi ini projek kerajaan yang tidak sepatutnya terbengkalai.

“Mesti diteruskan kerana menjadi hasrat kerajaan dahulu menyediakan rumah-rumah mampu milik kepada mereka yang berpendapatan sederhana. Jika tidak, ramai yang akan teraniaya. Tiada yang berkemampuan membeli rumah menggunakan duit tunai, semuanya meminjam, jadi yang meminjam ini memang terbeban,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini