Isu kuota pelajar matrikulasi dibawa ke perhatian Jemaah Menteri - Utusan Malaysia

Isu kuota pelajar matrikulasi dibawa ke perhatian Jemaah Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Isu kuota pengambilan pelajar untuk kemasukan ke program matrikulasi akan dibawa untuk perhatian Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini bagi menyelesaikan pelbagai perkara berbangkit.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin Senin berkata, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik akan membawa isu berkenaan bagi mendapatkan keputusan sewajarnya mengenai isu tersebut.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan cermat bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik melalui saluran yang tepat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan keperluan, KPM kekal dengan dasar asal iaitu 90 peratus tempat untuk pelajar
bumiputera dan 10 peratus bagi bukan bumiputera.

“Di samping mengekalkan dasar itu, penambahbaikan telah dibuat pada tahun ini dengan memberikan peluang tempat kepada 60 peratus pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amin, KPM telah melihat semula semua cadangan termasuk cadangan penambahan kuota kaum bukan bumiputera yang perlu selaras dengan dasar asal.

Jelasnya, sebanyak 25,000 kapasiti pengambilan pelajar setiap tahun dengan dasar semasa sebanyak 22,500 untuk pelajar bumiputera dan 2,500 untuk bukan bumiputera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini