Exco Johor yang baharu akan diumum esok - Utusan Malaysia

Exco Johor yang baharu akan diumum esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah memperkenankan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) baharu yang akan dilantik semula selepas pelantikan Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal pada 14 April lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan senarai nama barisan Exco yang bakal dilantik semula itu akan diumumkan esok.

“Saya baru sahaja mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan baginda memaklumkan Menteri Besar sudah sampaikan senarai barisan Exco.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Senarai nama barisan Exco yang akan dilantik semula pada esok hari sudah diperkenankan,” katanya ketika ditemui selepas mengunjungi Sahruddin di Kota Iskandar di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengadap Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dekat sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini