MARANG 6 April – Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dipilih sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Marang baharu bagi menggantikan Yahaya Ali yang melepaskan jawatannya hari ini. Ahmad Samsuri, 49, menang tanpa bertanding dalam pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Marang di sini hari ini. Turut menang tanpa bertanding adalah jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas yang kekal diterajui oleh Mohd. Nor Hamzah…










