Bersedialah dengan latihan keras - Utusan Malaysia

Bersedialah dengan latihan keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 April – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkemungkinan akan meningkatkan intensiti latihan termasuk mengadakan empat sesi latihan sehari dalam usaha merapatkan jurang pebezaan pemain dengan negara-negara luar.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, keputusan yang dihasilkan pemain dalam Terbuka Malaysia sememangnya tidak memuaskan dan pihak kejurulatihan dilihat perlu mengubah corak latihan sedia ada.

“Penilaian terhadap jurang perbezaan pemain perlu dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengejar negara-negara lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin sesi latihan akan ditambah kepada tiga atau empat sesi setiap hari tetapi ini masih di peringkat cadangan.

“Kalau kita ada impian dan tidak mahu gigit jari, kita perlu cepat berubah kerana sekarang ini kita memang sudah ketinggalan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan BAM di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini