Barisan Exco baharu kerajaan Johor diumum esok - Utusan Malaysia

Barisan Exco baharu kerajaan Johor diumum esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 21 April – Barisan Exco Kerajaan Negeri Johor yang baharu dijangka diumumkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor itu diharapkan dapat memberikan khidmat terbaik kepada negeri ini.

“Selepas terbentuk barisan Exco diharap pentadbiran negeri berjalan lancar dan perkara yang dirancangkan sebelum ini akan dapat diteruskan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal di pejabatnya di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pertemuannya dengan Sultan Ibrahim berjalan lancar dan beliau turut menyampaikan pandangannya berhubung beberapa perkara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini